Our Wedding Path

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 28, 2011

Akhirat & Qiamat pasti menjelma

Assalammualaikum wbt kepada semua pembaca budiman..

Gentar di hati ingin dikongsi..
Resah diri ingin dikurangi..
Meskipun ia (Qiamat) tidak dinanti..
Namun petandanya sudah beraja di bumi...

Saban hari diperdengarkan kisah jenayah, malapetaka, kekufuran, ketaksuban, kemaksiatan, penghambaan, pembunuhan..bisikan halus yg terlintas di hati ini hanya satu..Qiamat sudah semakin tiba..


Sesaat merenung masa silam, sujudku padamu ya Allah..menginsafi kesilapan diri..

Melihat alam sekeliling..Subhan Allah..Indah & Segarnya ciptaanmu ya Allah..

Didampingi suami tercinta di sisi..ku syukuri anugerah yang telah kau beri..

Bertemankan keluarga & sahabat sekalian..
betapa besarnya nikmat pengorbanan, pengalaman & kasih syg yg telah ku kecapi

Membaca kalam Mu meski tidak ku fahami..tertitis jua air mata syahdu & hiba di hati..
 dan
Dengan hanya mengingatimu Ya Allah..tanpa ku sedari hanya ketenangan yg meresap ke dasar qalbu ini..

dan Sememangnya benarlah kalimah...
Tiada Tuhan Selain Allah
Tiada rahsia yang hebat dipersoalkan & dikupas sehebat Rahsia Mu,
Rahsia yang sehingga kini masih kekal menjadi tanda tanya sekalian alam...
"Tanggal ke berapa kah hari  Hari Qiamat yg sebenar-benarnya...?"
Sunyi..sepi..Semuanya masih utuh, kukuh & rapi kerana hanya Engkau sahaja yg Maha Mengetahui ..

Namun kita sering diceritakan perihal peristiwa2 yg bakal berlaku di hari Qiamat sebagai persediaan & kelengkapan diri..sila klik di sini.

Insaflah wahai semua..bertaubatlah ke jalan Allah..
Sesungguhnya kita sentiasa dlm kealpaan dengan perihal dunia..
hingga  terabai tanggungjawab & lupa peranan sebenar kita diciptakan di bumi Allah..

credit to  google images

Semoga nota ini sentiasa akan memperingatkan aku, keluarga, rakan2 dan sekalian pembaca

Wallahu 'Alam..

0 notes:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...