Our Wedding Path

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 13, 2011

doaku saban hari...

credit to google @ other bloggers

Ya Allah..

Aku bersyukur dihadiahkan teman yang memahami..
Aku bersyukur dikurniakan anugerah yg tak ternilai..
Aku bersyukur padamu Ya Allah..
kerana sentiasa menyelitkan secebis ketenangan, keceriaan di kala hati bergolak..

aku bermohon kpdmu Ya Allah..
ampuni aku ya Allah..ampuni dosa suamiku ya Allah..
ampuni dosa keempat-empat ibu bapa kami ya Allah..
Lindungilah mereka seperti mana mereka melindungi kami sejak kecil..
ampunkanlah dosa ahli2 keluarga kami ya Allah..dosa seluruh muslimin & muslimat yg masih hidup, mahupun yg telah meninggal dunia..

Ya Allah..Ya Tuhan kami..
Terimalah taubat kami, ya Allah..
Terimalah taubat kami, ya Allah..
Terimalah taubat kami, ya Allah..
lindungilah kami semua ya Allah..  

Ya Allah..lindungilah iman kami, tauhid kami, akhlaq kami..
Ya Allah..peliharalah kami,
hamba-Mu yang daif & rapuh ini dari terjebak ke jalan penuh dosa
& dari terbenam di selut dosa tanpa arah kembali kepada Mu Ya Allah..

Ya Allah,
tenangkanlah hatiku, tenangkanlah jiwaku, tenangkanlah perasaanku ya Allah..
ceriakanlah kehidupanku, ceriakanlah hatiku, ceriakanlah wajah & minda ku ya Allah

Kau berkatilah kehidupan kami ya Allah..
limpahkanlah rahmatmu ke atas kami, ya Allah..
Satukan kami dalam ikatan perkahwinan ini hingga ke syurga ya Allah..
Selamatkanlah kami dari jilatan api neraka, Ya Allah..
Matikanlah kami dalam iman..

matikanlah kami dalam iman..
matikanlah kami dalam iman ya Allah..

Sesungguhnya ampunkanlah kami yg kerdil & hina ini kerana terlampau byk meminta & terus meminta..
kerana tidaklah tertanggung diri kami sekiranya dihumban ke api nerakaMu, Ya Allah..
Amin..amin..amin ya rabbal alamin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...