Our Wedding Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 24, 2011

Resepi Siakap 3 Rasa Mama


Nampak gayanya macam asyik post en3 ttg resepi lak mgu ni yek..heee
Last 2 weekend, masak ikan siakap 3 rasa..lama calling2 mama kat Kuching tanya resepi coz as far as i knew, her recipe is simple (which i love & yearn to learn) and yet so deliciousss..ngaaa terliur daaa

Masa lepas kenduri kawen hari tu kitorg beli ikan siakap besar2, mintak mama masak sbb alaa...lama xmanja dgn mama..ma owh? manja je makan..makan je manja..xde menda lain ke hapa..hehe..da namanya independent gal..jmp mama skali skala..mmg sentiasa nak makan masakan mama..

Siakap kali ni beli yg kecik jek..masa tgh offer kat Giant..hahaha..bli la 2ekor..memula nak stim..teringat resepi mama..terus tuka ke 3 rasa..hehehe..

Siakap 3 Rasa Mama
fresh from pan..served!

So the ingredients ::

Ikan siakap 2 ekor - jumlah timbang 2eko ni 1.2kg kecik jek..hee
Nanas- 1 biji kecik - dipotong dadu
Tomato merah -2biji -  dipotong dadu
Cili Benggala Hijau & Merah - setengah biji setiap satu - dipotong dadu

Halia  - 6cm @ ibu jari panjangnya  - (bahagi dua, sebahagian dihiris halus, sebahagian lagi *)
Bawang putih 6biji - * lebih byk lebih bagus
Bawang merah besar - 2 biji -  *
Cili padi - 2 biji  - *
Sos Cili - 2 sudu besar
Sos Cili Thai - 5 sudu besar lebih byk lebih bagus
Belacan - 1 inc
Gula apong - 2 sudu besar - boleh guna gula kerek @ gula melaka. kalau xde gula kasar biasa pun boleh.
Air kosong - secawan jika perlu,kkdg setengah cawan je..
Serbuk kunyit - secukup permukaan ikan sahaja
Garam - secukup rasa

Semua yg bertanda * - dikisar sederhana
Tips dari mama :: masak ikan siakap 3 rasa, jgn buang sisik. 
Kalau mcm aku beli kat giant, boleh mintak dorg buangkan perut terus tp pesan pada abang siang ikan tu..jgn buang sisik...sbb bila goreng dgn sisik ikan tu, rangup jadinya..hehe..
aku nyer da terbuang sebelum dpt tau tips ni..waaa next time ma..next time

Cara-cara yen masak ::
Penyediaan Ikan
1. Basuh ikan siakap - lumurkan dgn tepung gandum, kemudian bilas utk hilangkan hanyir
2. Lumurkan garam+kunyit seminima mungkin pd seluruh permukaan ikan. sekadar utk tutup permukaan sahaja
3. Gorengkan garing. Angkat & toskan.

Penyediaan Kuah
1. Blend kesemua yg bertanda *
2.Tumis bahan blend+belacan menggunakan minyak grg ikan td. minyak tak perlu byk..sekadar cukup utk menumis
3. Bila tumisan berbau harum, masukkan sos cili, sos thai, air, halia hiris, gula apong. Perasakan dgn garam.
4. Bila warna, bau & rasa dah sebati, masukkan hirisan dadu - nanas, cili benggala, tomato - xyah lama2..x mau nanas, cili & tomato yg didadu tadi layu
5. Kacau2 kejap then tutup api dapur. Tuang lagi sos thai kalau ada, gaul rata. yg ni xleh wat sbb xde stok lebih sos thai..sbb tu klu korg tgk gmbr nampak kering
6. Hidang ikan, tuang kuah, SERVED..!!

Makan2 cenggini, sedap kalau dgn nasi panas berulam timun tp hari tu..timun xde..wuu wuu  tp xpe..tomato segar ada..hee
Hari tu makan 4 org..licin 2 ekor ikan, seperiuk nasi pon habesss..bselera..
Love u ma..thanx for d recipe..loves it

Sedap..!! Selamat Mencuba..

resepi mama~ mmuahh miszz u
p/s:: yg ni en3 bertangguh sbb pnjg sgt nk taip..post masa ni xbermakna aku xkeje tau..pc tgh wat mirroring..wuu wuu xsanggup dah kalau kene virus, tpksa format & seperti biasa..nak configure sepenuhnya amek masa sebulan gak sbb kene tgu 2 org pakar configure development tool aku free..

sos thai yg aku maksudkn dalam resepi atas ni
sos cili ni sedap

3 notes:

inayus said...

Nanti aku cuba ye Yen... nampak mcm best jer...

dd dudu said...

nanti nak wat siakap 3 rasa, dd amik resipi kakyen je la eh ;)

aYenZ JamiL (^0^)/ said...

lin :: ok..hehe
omma dD :: silakan..(^,^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...