Our Wedding Path

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 19, 2011

Resepi Tauhu Sumbat

Memandangkan apiz dah mula complain seluar dia makin ketat lah, perut naiklah & aku pun rasa badan sendiri pun dah naik semula ala yg sgt menjadi-jadi naiknya..so utk semalam, dinner kami berdua, aku wat yg simple2 saje.. 
Tauhu Sumbat yg xsumbat

Tauhu ni dapat nama tu sbb sampai2 je pasar malam, tauhu yg ada kecik je =  xboleh nak sumbat..huhu..jadi makan mcm rojak je la jadinya.. so resepi simple hari ini..

TAUHU xSUMBAT ala yen..

ni gmbr sendiri tau..tengok meja & pinggan tu..hee ni pinggan kegemaran apiz..
Bahan2 ::

-Tauhu- 6 ketul (kecik)
-Timun - 1 biji
-Lobak - 1/2 biji
-Epal kapas - 2 biji  
aku tukarkan epal kapas sbg ganti sengkuang .lebih manis, rangup & segar (3-in-1)

utk kuah
-Segenggam kacang tanah  
(aruk dalam kuali tanpa mnyak, then asingkan kulit pastu tumbuk halus)
-2 sudu gula
-5 sudu kicap manis
kalau guna kicap pekat, 2 sudu kicap pekat, then gula kene tambah lagi 2 sudu
-setengah cawan air masak suhu bilik
-4 ulas bawang putih
-2 biji cili padi 
ikut tahap kepedasan cili..apiz xske pedas berapi, so just 2 biji je..tu pun dah too much katanya.
* saiz semua sudu yg digunakan di atas ialah  sudu besar. Mana ada yg kecik kalau dgn aku

Cara penyediaan yen::

1. Campurkan semua sekali bahan2 utk kuah KECUALI kacang..- Sila blend lumat2..

2. Keluarkan dan rasa kuah. Kepekatan & rasa terpulang pada masing2. Sebaiknya masa blend, jgn masukkan air byk2 sekali. masukkan sket2 utk adjust rasa & kepekatan yg digemari masing2.
*oh ya tips utk semua, kicap blend ni tadi, boleh digunakan utk masak mee @ kuetiaw goreng tau..sedaaaapppp

3. Kalau rasa kuah dah ok, campurkan dgn kacang yg da tumbuk td.

4. Potong timun, epal & carrot memanjang. Potong timun & epal dlm saiz sederhana, manakala carrot pula potong nipis..
utk epal  & timun, yen xske potong nipis sgt sbb xde crunchy thrill masa makan..so mcm yg korg nampak kat gambar..tebal sket dari biasa..cumanya potongan lobak nipis sket sbb lobak agak pahit kalau potong tebal..melainkan kalau guna baby carrot

5. Goreng tauhu sampai kekuningan, pastu bahagi empat jadi bentuk segitiga (potong penjuru ke penjuru), xyah tebuk2 atau potong tengah kalau tauhu kecik.. cukuplah saiz yg boleh masuk mulut..hehe

6. Last sekali..susun elok2, tuang kuah, hidang dan makan..!!

Hias2 lah sket..bila sedap mata memandang, baru sedap mulut merasa..ngehehe
alhamdulillah..apiz ske sgt..xsangka lak dia boleh makan tauhu sebanyak tu..hohoho
oh ya..nak tau epal kapas? inilah dia..
credit to google
sila abaikan oren di atas..sebenarnya xtau nama betul epal ni, tp bagi kitorg berdua..inilah epal kapas..ngeee (^-^)
rasa dia manis & berair, elok utk wat jus juga sbb xperlu nak peel kulit dah..cuci je bersih2..mcm iklan epal lak

hee sekian...Selamat Mencuba ~ (^0^)/

4 notes:

Ciare Baha said...

Bole cuba nanti. Tenkiuuu :') Tp pacik MK tu mana mau xde nasik ;p

aYenZ JamiL (^0^)/ said...

hooo..great!! hehehe..cubalah..nyum2..
pcik MK mu itu..mmg nasi-fan..hehehe haa..pe kata..jadikan yg ni sbgai starter dia..
main course, nasi..hehe..

sya hassan said...

walaweh..pergh.. nmpak sodap je.. leyh try neh.. tenks for sharing..:)

aYenZ JamiL (^0^)/ said...

sya :: emm mmg sedap dgn manis epal..ur welcome..glad to share good stuffss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...