Our Wedding Path

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 20, 2011

Musim Demam Budak-budak

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Dah dua minggu berturut ke Hospital Pusrawi, Wad Ar-Raihan Tingkat 5 di Jalan Tun Razak. Jenguk anak sahabat sepejabat yang demam. Doc maklumkan yang jangkitan kuman pada salur pernafasan & jangkitan kuman dalam darah. Hampir kesemua baby-baby ni mengalami simptom yang sama. So meh layan gambar..

Anak Kak An - Bilik 13

Sayunya muka iman..ciann

Iman dah semakin pulih masa kami gi melawat tapi masih lagi merengek kejap-kejap dan setiap kali mama dia bangun ke tempat lain, dia pandang je dgn sayu.. Masa ni dia lalok sebab nak tidur dah..kadang2 buat mulut sedih ngadu..samada nak menyusu @ bgtau sakit..tapi masa kami sampai tu dia baru je selesai menyusu pun..
Sekarang Kak An masih lagi belum masuk kerja- amik cuti separuh gaji utk jaga dia sepenuh masa. Iman dah discharge tapi masih perlukan perhatian intensif lah juga sbb kena pantau panas badan dia & kena diberi ubat setiap 4 jam.. cian dia..huu

Anak Kak Wanu - Bilik 14

abang~

Kembar Kak Wanu pulak masuk selepas Iman (anak Kak An) discharge..Selain demam, kembar kena campak sekali. Kahak pun kena jolok & disedut so huuu~ agak sedih lah sebab korg sendiri boleh tengok keadaan kembar ni yang tak bermaya. Doc suruh puasakan sebelum sedut kahak..tp yg abang ada masukkan air melalui tiub..(T_T)
adik~
Kembar biasa tidur dgn buai, bila di spital x lena sangatlah tidurnya..sentiasa kena pegang dan dodoikan baru lena..memang dua2 flat hari kami melawat..sedeyyyy...

Berat semua baby & ibu menjaga susut..terasa sayu tgk dorg nangis & sakit..apapun jom sedeqahkan Al Fatihah kepada Roh baby-baby ni semua sama2 supaya lebih cepat sembuh ye..

apaa??? siapa kata xboleh sedeqahkan Fatihah kepada Roh mereka yg masih hidup? siapa cakap xboleh, sila semak dgn para ustaz & ustazah yg terdekat dgn anda..

Satu lagi, tips sebelum menjengah masuk ke alam parenthood..nak simpan cuti2 banyak2..so kalau ..KALAU..bukannya nak tapi kalau lah terjadi apa2 pd kesihatan anak2, boleh apply cuti..huuu
igt tu ayg~ padahal cuti sendiri yg lagi sket..puk!

0 notes:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...