Our Wedding Path

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 4, 2011

Berjemaah Sunat Terawih di Masjid bagi Wanita

Masjid Bandaraya Kuching
Sudah 4 hari, Ramadhan menjengah dalam kehidupan kami, 4 hari juga lah merasa nikmat bulan puasa bersama suami tercinta. Tidak dinafikan, Ramadhan merupakan salah satu bulan yang dinantikan kerana terlampau banyak faedah tanpa cagaran telah Allah janjikan buat kita semua hambaNya..Alhamdulillah.. Marilah kita perbanyakkanlah amalan samada sunat mahupun wajib sepanjang Bulan Barakah ini. Insya Allah

Hari ni nak berbicara tentang Solat Jemaah di Masjid. Kalau dah bulan puasa ni, dah tentu kita berebut-rebut ke Masjid untuk mengerjakan Solat Sunat Terawih..Dalam setahun, hanya sebulan kita berpeluang untuk mengerjakannya..apatah lagi kalau memperolehi kesempatan berjemaah di Masjid..Alhamdulillah..Inilah yang dinamakan rezeki-rezeki Allah kurniakan tanpa kita sedari.

Tak Percaya..? Fikirkanlah sejenak..kiranya Allah tidak permudahkan urusan, disempitkan pula masa dan tidak pula kita dikurniakan daya tenaga untuk bersolat jemaah/sendirian setelah seharian berpuasa..mampukah kita mengerjakannya? Sahabat-sahabatku, bersyukurlah pada Allah atas kesemua rezeki ini..Percayalah bahawa semua yg terjadi adalah kehendak Allah SWT & sebab musabab semua kejadian hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui..
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.” 
(Surah Yassin : 82)
Kepada yang tidak berkesempatan untuk berjemaah di Masjid pula, tak mengapa. Mungkin ada rahmah disebaliknya, uruskanlah tanggungjawab-tanggungjawab lain, kesemuanya masih lagi menghimpunkan pahala. Sedangkan Rasulullah juga pernah bersolat sunat terawih di rumah. Tidak pula ia diwajibkan untuk kita kerjakan di Masjid. Maka, dirikanlah solat, lakukanlah ibadah mengikut kemampuan & keupayaan serta kelapangan masing-masing..

Tak perlu dipersoalkan berapa tinggi/rendahnya tingkat ganjaran jika hanya bersolat di rumah..terpulang kepada Yang Maha Kuasa untuk menentukannya..Fahami & percayalah..walau sebiji zarah usaha kita ke arah kebaikkan(meskipun hanya dengan niat), InsyaAllah..tidak pernah satu pun terlepas dari pengetahuanNya..Allahu Akbar..

Berbalik kepada topik asal kita iaitu solat jemaah sunat terawih di Masjid untuk para wanita. Seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Umar r.a., yang berbunyi ::
Rasulullah S.A.W. bersabda::
Janganlah kamu menegah para wanita keluar ke masjid-masjid, dan (sedangkan) rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka.
(HR Ahmad & Abu Daud)
Berikut merupakan hadis umum yang menggalakkan kita, para wanita, utk turun beramai-ramai ke Masjid bagi mengerjakan solat secara jemaah tidak mengira mana-mana waktu solat sekalipun. Sehinggakan para suami turut ditegah dari melarang kita ke Masjid atas niat bersolat jemaah meskipun solat di rumah itu lebih baik utk kita (para wanita)
..akan tetapi..
 
haruslah kita sama-sama beringat bahawa pemergian kita ke Masjid untuk bersolat itu DILARANG keras oleh Rasulullah S.A.W sekiranya kita (para wanita) memakai wangi-wangian..  
Riwayat Abu Hurairah r.a., yang berbunyi ::

Rasulullah S.A.W. bersabda::
Mana-mana wanita yang memakai dupa (wangian) maka janganlah dia menghadiri sembahyang Isyak bersama kami. 
(HR Muslim, Abu Daud & Al-NasaI) 
 &
Rasulullah S.A.W. bersabda::
Janganlah kamu menegah wanita-wanitamu pergi ke masjid Allah. Dan hendaklah mereka keluar ke masjid tidak memakai bau-bauan.  
(HR Ahmad dan Abu Daud)

Oleh yang demikian, sama-samalah kita menghindari apa yang patut dalam usaha meraih pelbagai ganjaran istimewa yg Allah janjikan sepanjang Ramadhan Al Mubarak ya..InsyaAllah

Pagi tadi terdetik di hati, betapa banyaknya rezeki Allah telah berikan kepada kami suami isteri, secara peribadi mahupun ketika telah berdua tetapi Allah tidak pernah mengharapkan apa-apa sebagai balasan..
Ampunkanlah dosa hambaMu yang terlampau banyak meminta ini & Sesungguhnya kami bersyukur ya Allah atas segala rahmat & rezeki-rezeki yang telah Engkau berikan selama ini..aminn
~ Salam Ramadhan & Selamat Beramal ~


0 notes:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...