Our Wedding Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 8, 2011

Perbezaan Ramadhan Tahun ni

Alhamdulillah..dah 8 hari umat Islam menyambut Ramadhan..
Ramai orang tanya macamana pengalaman pertama berpuasa sebagai isteri orang..so meh aku explain pnjg lebar sket..divide pada dua masa iaitu masa bujang & dah kahwin. Masa bujang tu kira masa di KL lah ya, kalau di KCH..aktiviti dia berbeza
hmm so meh tengok perbezaan ::

Masa Bersahur
Bujang  :: 
  • Bangun pukul 5pg. 
  • Sahur pun ikut mood, biasanya awal Ramadhan bersahurlah juga..dari tengah bulan ke hujung, x sahur dah la..
  • Kalau bangun sahur, terasa sedih makan sorg2..sebab tu malas nak bangun sahur..
  • Bangun sahur pun, makan magi, biskut..yg mudah2 je..heee
  • Kalau masa cuti bendera, confirm xbangun..layan tidur sampai azan subuh.
Kahwin :: 
  • Bangun pukul 4pg, paling lewat pukul 4.30pg
  • Wajib bangun sahur setiap hari, xkira lah masa suci @ period, still kena bangun untuk prepare makanan..
  • Sekarang ni sahur ramai2 bertemankan ida & of coz suami tercinta..alhamdulillah bahagia~
  • Sahur sekarang, kena prepare yg panas2..kalau x nasi goreng, nasi berlauk, nasi lemak, mee goreng, roti tlo dsb
  • Masa period pun, still kena bangun gak..sbb kene prepare makanan juga..wuu wu cumanya alhamdulillah syukur sangat2..setakat ni, meskipun ada 2,3 hari yg x berapa sihat..masih lagi larat nak prepare makanan sahur..
Tengahari
Bujang ::
  • fikir sepanjang hari nak beli apa masa berbuka nanti
Kahwin::
  • Fikir apa nak masak petang nanti. Ye laa sekarang barang2 mahal, apatah lagi yang dijual kat Bazaar Ramadhan. Rasa xsanggup nak beli dah. Lagipun happy lagi lah kalau masak sendiri untuk juadah berbuka..lagi-lagi yang menyantapnya..suami tersayang..wuu wuu~
Masa Berbuka @ Sungkey
Bujang ::
  • Gi beli makanan kat Bazaar Ramadhan..membazir lagi sbb beli banyak dari yg sepatutnya
  • Berbuka sikit, solat maghrib. Lepas tu baru sambung makan semula.
  • Dulu, selalu berbuka di rumah Mr. Ex-BF tapi kalau penat sgt balik Ampang terus je.
Kahwin ::
  • Balik keje terus masak..heh heh jimat..biasa ida dah siapkan semua, tolong tumis & panaskan je lg..Kalau hujung minggu, baru lah semuanya di take over sendiri..
  • Wajib berbuka dulu baru solat maghrib..
Masa terawih, xde beza..kalau di Kuching, gi ramai2 dgn mama & adik beradik ke Surau Darul Uyuun
Kalau masa di KL(dlu & sekarang), solat sendiri je di rumah..lebih aman & tenang

Hujung minggu
  • Masa bujang, keluar berbuka dgn Mr Ex-BF aka Mr Hubby..buat kerja x berfaedah..dating, buang masa & membazir dgn belanja besar berbuka di luar semata nak berbuka puasa sama..
  • Masa dah kahwin, duduk rumah je & layan aktiviti di rumah je bersama suami. Aktiviti rumah lah..solat jemaah sesama, main game sama2, tengok movie sama2..alhamdulillah jimat & lebih berfaedah..alhamdulillah..
So kesimpulan ? berubahlah sikit mengikut tanggungjawab sedia ada..dah jadi isteri org..wajiblah ubah jadual mcm isteri orang..kalau week days, memang terasa penat sikit sbb siang pun bekerja..ye dak?
kalau nanti dah jadi ibu org? heww heww kena lah ubah semula jadual sebagai ibu org..harapnya Mr Suami bolehlah membantu lebih lagi untuk meringankan beban..boleh x ayg? hehe

Sekarang ni bersyukur sgt, sebab adik ida duk serumah, dia ni ringan tulang sangat2..selalunya dia da banyak tolong siapkan tugasan rumah. Dah namanya duk serumah, haruslah tolong menolong, kalau xde dia, Ramadhan ni maybe agak kelam kabut. Sahur biasanya aku yg handle..Berbuka biasanya dia yg dah sediakan..aku tolong sikit2 je..Thanx ida..kyen btol2 bersyukur dgn bantuan awak tau..huu~

Berbuka petang ni? plan dgn ida, masak ikan goreng, sambal pusuk@ikan bilis & sayur kangkung je. makan bertiga je pun, xperlu banyak2..cukuplah sekadar 2-3 lauk..alhamdulillah..Didiklah iman dengan berwasatiah..Itu yang penting..ohh jap..nak cari ABC kot..huuu mengidammm 2 hari daa..
Gulp~ Images Credit to101Cooking
*rindunya masa berbuka dengan family ramai2 di Kuching..penuh meja bila semua adik beradik ada..kecoh tunggu beduk berbunyi..gembiranya bila terkenang saat itu..tetiba teringatkan bubur pedas Sarawak~

0 notes:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...