Our Wedding Path

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 9, 2011

Berhentilah sebelum terlewat..


 Hidup ini mudah bila Allah permudahkan segalanya
tapi sebelum itu, 
dahulukan dgn usaha & kemudian tawakal 
serta berdoalah untuk bantuan Allah SWT

Apa sahaja yang kita usahakan, apabila tercapai, maka bersyukurlah & ucapkan
~ Alhamdulillah ~ 

Pabila Allah berikan kekuatan, kesihatan, kegembiraan dan segala rezeki yang engkau inginkan
jangan sesekali kau menidakkannya..
jgn sesekali kau akui ianya terjadi atas kehebatanmu sendiri
kerana semua yang berlaku ialah di atas kehendakNya sahaja

Ketika sihat, kau ungkapkan tidak berupaya & tidak sihat
Ketika bahagia, kau katakan kau bersedih
Ketika kau selesa, kau nyatakan kau kesempitan..

BERHENTI lah..!!
Dustamu merugikan dan mencerminkan peribadi

BERHENTI lah..!!
Kerana engkau seumpama mempertikaikan apa yg Allah kurniakan padamu..

engkau Tamak & Tidak mensyukuri
Astaghfirullahal'adzim

Usah bersikap sedemikian saudara se-Islamku
Sedarlah bahawa apa yg kau ungkapkan, merupakan sebuah doa yang kau sendiri harapkan..

Sematkan di hati bahawa Allah sentiasa memberikan apa yang terbaik buatmu pada waktu yg berdetik itu
percayalah ia sememangnya caturan terbaik yg masih mampu kau pikul

“Sesiapa yang tidak memuhasabah dirinya di dunia, 
maka dia berada di dalam kelalaian”
~ Ibnul Qaiyim

“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.”
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Doa kami ::
Semoga kau terselamat dari dizahirkan segala apa yg telah engkau ungkapkan..
Semoga kita terselamat dari azab api neraka..aminn

~Wassalam~

0 notes:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...