Our Wedding Path

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 24, 2011

~Ayam berkokok~

Assalammualaikum wbt

Credit to google

Alhamdulillah masih kita mampu bernafas di hari Jumaat yg barakah ini.
Entry ringkas hari ini ialah utk berkongsi salah satu perihal ayam.. 
terkagum jap dgn ayam tau..Tetiba rasa nak bela ayam..huuhuu

Salah satu dari masa-masa doa makbul ialah ketika mendengar ayam berkokok. 
Kenapa? Kerana di masa itu, ayam melihat malaikat. 
Maka apabila terdengar di halwa telinga mahupun sayup2 bunyinya..sama-samalah kita berdoa & berzikirlah kepada Allah..ucapkanlah "SubhanAllah..SubhanAllah..SubhanAllah.."  

Sabda Rasulullah yang berbunyi::

Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, hendaklah kamu memohon pada Allah sebab ayam tersebut melihat malaikat..
Apabila kamu mendengar suara keldai, hendaklah kamu memohon perlindungan daripada Allah kerana keldai tesebut melihat apa yg tidak kamu lihat (syaitan) 
-Riwayat Al- Bukhari & Muslim


Alhamdulillah..ku bersyukur atas ilmu yg Engkau rezekikan padaku hari ini..

*hebatnya ayam..huu~ kita pun x diberi anugerah seindah demikian

Tuesday, June 21, 2011

Sweet Apple Crust Recipe


Oleh kerana selama ni asyik bz je memanjang dari update blog kami nih..meh aku letak byk2 update esp resepi yg da bkurun janji nak share dgn member2..ampunn muni & iu..tok baruk sempat nak ngengkah..ya pun aku dah guna time lunch ku mpun dah tok..adehhh

X tau la apa nama sebenar resepi nih..main letak jek nama kat atas tu..kalau silap..maaf dipinta..asal mulanya nengok Channel 140 - BBC Lifestyle, rancangan masak2 di Unifi Hypp TV (tlg promote unifi , sila pos kan cheque commision saya ke...hahaha)  so macam mudah je preparation..tp utk weekdays, doh segera is fine asalkan suami xkelaparan..epal pun tgh byk dlm fridge..heh heh..

Hidangan ni sebenarnya untuk dessert tp sebabkan kitorg xde selera nak makan berat2 carbo..terasa nk makan yg manis2 aje..then aku pun try lah resepi yg dipelajari dari Channel masakan nih..hehe..
*seperti biasa, view dlu..klu xske..stop scrolling down for the recipe ..ngeee (^,^)v


Ni hidangan utk hubby tersayang
saje letak gambar besar2 wat org terliur & nak try wat kat umah..hahaha..keji x??
ni pulak hidangan utk adik ida..
Ida sampai lewat dari Rawang malam tu, so dia nye part aku hidang kemudian..utk resepi ni, aku xwat doh sendiri, gunakan aje doh segera dlm fridge, mudah & ringkas..agak2 ar nak wat doh sendiri utk masak malam weekdays..balik keje..penat seh..dah namanya working housewife..hujung mgu boleh la prep yg hebat2..hehe..so apa lagi, Lets Get Started ::

Bahan-bahan ::
Epal - 3 biji (2 dikupas kulit, 1 dibiarkan kulit intact) - sila buang biji epal..tq
Butter - 3 sudu besar
Esen vanilla - 1 sudu kecil
Gula - 4 sudu besar
Pewarna merah - sedikit sahaja xtau nk bgtau sukatan, tgk smpai bertukar ke warna yg korg ske
Madu - 3 sudu besar (kalau korg xletakkan madu, sila tambah lagi gula 2 sudu besar)
Doh Puff Pastry  (jenama kawan) resepi asal guna doh pie segera, aku guna pe yg ada dlm peti jek..so doh puff je la..hehe  
*klu guna doh pie, cara penyediaan dia lain sket, nnti aku explain cara dia kat bawah sekali yek
Utk hiasan :: Ais krim kegemaran anda - aku guna yg nih sbb nak try rasa dia..sedap jugak..hee
Ice Cream kegemaran Ida..
Ida :: kegemaran saya ke..?
Aku :: xkegemaran pun xpe..xyah nk gemar yg mahal2 aje..xkonpem sedap lg..mahal jek
Ida :: ok.
Ni ialah dialog khayalan aku yg aku rasa akan jadi kenyataan lps ida baca



Cara Penyediaan ::

1- Letak doh puff pada suhu 180 degrees dalam oven sehingga pastry roti naik
2- Sementara menunggu, masukkan butter & gula dalam pan.
    Masak sampai cair, kacau2 selalu supaya x hangus
3- Bila dah mendidih, masukkan esen vanilla, kacau2 lagi & masukkan epal. Biarkan dalam 10-15 min
4- Masukkan pewarna merah. Rasa2 kalau epal dah lembut, done la tu..

Kalau guna doh puff *mcm aku
5- Sejukkan dalam peti kejap. around 15min di bhg cooler (beku)
6- Susunan hidangan seperti gambar, bermula dgn puff, lepas tu sudukan epal td, 1 scoop ice cream

Kalau guna doh pie *mcm dlm tv
5- Potong kepingan doh pie mengikut saiz loyang korg.
6- Masukkan epal tadi dalam loyang, then letak doh pie tadi. Masak loyang tu atas stove dulu.Agak2 tgk mcm menggelegak sket dalam 10min, masukkan pula ke dalam oven for around 15min.Sila guna api atas.
7- Selepas 15min, keluarkan & cuba gerak2kan pie guna tgn, kalau dapat dipusing2, then its done.
8- Letak pinggan atas loyang dan terbalikkan, then baru potong.
     Yg ni makan panas2 bersama ice cream sejuk..

Tips :: Epal tu ada sebiji yg kulitnya x dikupas kan? sebab nak nampakkan perbezaan warna masa hidang..nampak cantik sket..(sila tgk gambar pertama di atas)..klu xske, boleh je kupas semua mcm resepi asal chef ajar..hehe

Senang je kan? hehehe..as usual..simple yet yummy..!! (^,^)v


~ Selamat Mencuba ~

TQ BBC Lifestyle Chef..Absolutely gorgeous...

*actually ni scheduled entry..nak post hr ni tp tahan2..takut sok xde citer lak nak di hapdet 
**edited on 23/06 utk muni

STAR brand esen vanila
credit to ibudamia.blogspot
 puff pastry KAWAN
ni kulit depan dia
 

Monday, June 20, 2011

Resepi Roti Bakar Keju @ Grilled Toast Cheese

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Hari ni nak kongsi menu simple breakfast kami beberapa minggu lepas selepas terlihat page aya..hehehe
Selain tu, ni penangan main Sim juga..antara resepi lunch yang dia beri utk kita pilih ialah Grilled Cheese. Simple sgt cara dia & yummy...Sila layan gambar dlu..kalau x berkenan nak try..xyah scroll utk resepi..hehe

X nampak apa2 kan?

One bite

2bite

half toast bite..haha
Nampak x cheese dia..?? wuu wuu masa bakar2 tu kan..bau cheese nih..nyum2..padahal cheese biasa  jek..hehe..lagi2 lah en apiz somi tercinta ni yg memang hantu cheese..asyik ulang alik jek ke dapo tanya "da siap lom..da siap lom" (sama mcm kes masak pza hari tu juga)
*ampunn sbb panggil ayg hantu cheese..ngee..u knw u love me..mmuahh ;p


Bahan-bahan :: 
Roti 
Butter @ mentega aku prefer butter dari mentega
Cheese Chedar jek yg aku guna
Serbuk Lada Hitam
Mixed Herbs (klu xde yg ni pun xpe, ni hanya utk aku tambahkan selera western apiz jek..ngee)

Cara Penyediaan ::
1. Sapukan sebelah roti dgn butter, kemudian letak atas frying pan. 
    Bhg yang ber-butter menghala ke kuali utk dibakar.
2. Letak Cheese sekeping.
3. Then sapu lagi butter pada sebelah bhg sekeping roti lain (utk bhg atas pula)
    Letak roti ni atas cheese td & bhg butter menghala ke atas. menghadap kita
4. Taburkan serbuk lada hitam & mixed herbs. X perlu byk. Secukup bau je. 
5. Bila bhg bawah roti dah kekuningan, terbalikkan. 
    Bila dua2 belah roti dah cantik je kuningnya..
    Sila angkat & hidang..hehe.. cheese nya jgn risau..confirm cair da kat dalam..

Potong 2 menjadi bentuk segitiga & boleh dijamu bersama Teh O' je..hmm simple but lovely~ (^-^)v
* sebabkan en suami dah x sabar sgt, xsempat nyempat nak potong cantik2 dah..


~ Selamat Mencuba ~

Wednesday, June 15, 2011

Masa...

Assalammualaikum semua..
credit to google
Beberapa bulan ni, aku terasa yang masa cepat sangat berlalu. Hari ni rabu, sedar-sedar dah rabu semula.
Pagi tadi terfikir yang malam ni akan jalani rutin yg sama. Aku sidai baju, encik apiz tonton SHOWDOWN 2011. Padahal terasa seolah-olah baru 2-3 hari lepas kami buat perkara yg sama, pada hari yang sama - RABU

Apakah aku seorang yang terasa betapa pantasnya hari berlalu? atau apakah aku kini terlampau sibuk dgn kehidupan seharian? atau sememangnya masa lebih pantas berdetik dari dahulu? Kalau ya, kenapa jam tangan masih berdetik dgn ritma yg sama seperti sedia ada nya? Mengapa matahari dan bulan masih berlegar mengikut paksi & masa yg seharusnya? atau adakah aku terlepas pandang akan sesuatu?

Aku cuma berharap agar kami tidak terleka & lalai apabila melangsaikan tugasan harian sehingga leka menunaikan tanggungjawab kami sebagai hambaMu Ya Allah.

tp seriously, adakah korg pun rasa masa tu pantas berlalu sepertimana yg aku rasa?

Monday, June 6, 2011

Yen's Home-Made-Pizza

Memandangkan ramai sangat yg bertanyakan resepi pza ni, so sini aku tampalkan resepi yg aku pun follow dari Mrs. AGS & Mrs MK. Thanx ya korg, resepi kamu mmg sgt2 menjadi..wuu wuu I Like..!! 

Sebenarnya lama dah teringin nak buat pza, tapi ada je halangan. Entah mcmana hari tu, tengok kabinet, ada tepung, buka fridge ada semua bahan & tgk box sayur pun ada semua kelengkapan..ngeee apa lg..lets try pizzaaa..en apiz sgt ske, masa pizza dalam oven, dia sibok gi jenguk2..hahaha..lapa tahap gaban dah kami semua masa tu
Buat piza sendiri ni, jimat sgt sebenarnya..especially kalau group pelahap mcm kitorg adik beradik & bg yg mempunyai ahli keluarga yg ramai.  
Poket x nipis+makan pun puas = lebih happy. 
So here it goes..

Puan Yen's Home-Made Pizza (^,^)v


Lets Cook..(^0^)/ :
Sukatan utk resepi ni boleh sediakan 2 Regular almost Large Pan Pizza
Utk Doh @ roti pza
1- Tepung gandum -250gm @ klu xde penimbang mcm aku, senang je tepung sbungkus yg 1kilo tu bahagi 4
2- Air Suam - 3/4 cawan (aku guna cawan kiraan 250ml)
3- Yis Mauripan - setengah bungkus sahaja.
4- Garam - sesudu kecil
5- Gula - sesudu kecil

- Aku campur semua sekali & uli. Tapi member (kak zai) campurkan item 2-5 dalam cawan & biarkan kembang kejap. Baru campurkan pada tepung. maybe ni cara lebih baik utk naikkan doh. tp kuantiti sama ye. Either way, doh akan tetap kembang & comell..gebuuu hehe

- Adun doh sehingga lembut. kalau lekat dicelah-celah jari, tambahkan sket tepung pada tangan then uli lagi sehingga doh betul2 lembut & tak lekat pada jari lagi.

- Biarkan 10-15min, sehingga doh kembang 2x ganda. Sementara tgu doh kembang, kita prepare sos sapuan pulak ye.

Utk Sos-home-made-Yen (tiada dalam mana-mana resepi asal, ni resepi sos aku sendiri)
Sos sapuan ni tujuannya utk menggantikan sos prego. Kalau sesiapa nak cepat, letakkan sos prego pun dah ok tp disebabkan aku xpernah guna sos prego , so aku buat je sos sendiri.

1- Bawang besar -1 biji dadukan
2- Daging burger - 2 keping hancurkan @ segenggam daging kisar yg mana satu ada dlm peti ais korg lah ye
3- Tomato merah -1 biji dadukan
4- Bawang putih - 1 ulas, cincang halus2
5- Sos cili - 3 senduk
6- Air, garam & gula - secukup rasa, secukup kepekatan yg anda suka
7- Minyak masak

- Tuang minyak masak & goreng daging burger td (minyak sikit je, cukup2 utk gorengkan daging burger)
- dah naik bau, sila masukkan bawang besar, tumis sampai layu sahaja (bukan garing tapi LAYU SAHAJA)
- masukkan kesemua bahan2 lain. Masak sampai kepekatan yang bersesuaian. Sos ni akan rasa pedas & manis. Ketepikan.
Tips :: bawang putih dimasukkan kemudian sbb bwg putih mudah hangus so, masukkan kemudian. lagipun kita nak dapatkan unah @ bau dia je..hehe

*ske guna daging burger utk sos ni sebab perisa yg lebih berbanding daging kisar

Utk Inti atas Pza
1- hotdog
2- cendawan butang
3- bawang
4- capsicum hijau & merah
5- nanas
6- Cheese - sedapnya mozarella tp yg ada masa tu chedar jek, bolehlah pakai..sedap juga.
Kuantiti & bahan2 atas pza ni, semua ikut suka masing2..cuma, sebolehnya jangan potong banyak2 sgt sebab bila semua inti dah campur aduk nanti..bertimbun melampau lak..ngeee (^,^)

Ok. Selepas selesai sesi chop2, confirm doh korg td dah jadi kembang semangkuk, so proceed dgn..
Step menyusun 

1 - Panaskan oven pada 220 celcius. 
2 - Bahagikan doh kepada dua bahagian. Aku tak de pan khas utk pza so, tudung periuk & tray oven jadi mangsa..haha. Sapukan sedikit minyak rata-rata atas tray2 ini, sekadar utk mengelakkan doh lekat selepas masak
3 - Lenyekkan doh pada tray mengikut ketebalan yang digemari. Kalau nak mcm Super Supreme, jangan tebal sgt doh, kalau nak crust pan yg rangup2, silalah buat nipis2..
4 - Sapukan minyak sedikit lagi pada permukaan pza, then sapukan sos daging burger tadi, dan susun lah semua inti2 yg ada.
5 - Masukkan ke dalam oven dan biarkan selama 20min. 220 -250 celcius
Tips : Tray utk pza ni, jangan terlampau di atas & dibawah

Selepas tu, boleh la hidangkan & mamam (bahasa anak2 buahku yg comeyy)..

seperti biasa..Selamat Mencuba..(^0^)/

Wednesday, June 1, 2011

Ringan-ringan sebelum kahwin..


Semasa menyemak email tadi, ternampak email yg di forward oleh seorang sahabat. So ingin saya paparkan supaya tidak lagi berlaku perkara yg serupa dalam kehidupan kita apatah lagi perkara agama, bukanlah perkara mainan. Apabila jatuhnya hukum haram, termaktublah haram dan begitu juga sebaliknya. Tanggungjawab sebagai sesama Islam perlu didukung supaya iman dan aqidah umat Islam sejagat terpelihara.

Meskipun ianya hanya satu coretan salah seorang sahabat tapi tetap terkesan di hati ketika membaca email tersebut. Sekiranya apa2 yg telah berlaku pada coretan di bawah ini terjadi dalam pergaulan seharian kita, marilah kita sama2 menyesali & berusaha utk membendung serta memperbetulkan keadaan supaya sama-sama kita mampu menghindari diri dari menjadi arang kepada neraka jahanam

Kita sesama manusia tak lepas dari melakukan kesilapan, akan tetapi menyedari kesilapan dan memperbaiki nya adalah jauh lebih baik daripada terus menerus menidakkan & membiarkan perkara haram serta dosa berkenaan berlarutan. Pembaca sekalian, takutlah kamu kepada Allah, ingatlah kamu kepada janji Allah, Qiamat, Hari Perhitungan, Syurga & Neraka Allah kerana apa yang difirmankan pasti terjadi bila sampai waktunya.

Entry ini dianggap sebagai peringatan kepada kami suami isteri, di samping berkongsi pengetahuan dengan sesiapa sahaja yg ingin mendalami ilmu agama. Semoga anak cucu kita akan terselamat dari melakukan kesilapan2 kita yang lalu. InsyaAllah.
Kesemua kandungan email dia, saya sampaikan secara copy-paste dari email tanpa melakukan sebarang pengeditan.
----------------------------------------------------------------

Assalamualaikum w.b.t

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi :

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ،

فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟

فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا

ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi,

lalu nabi memberi respon : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad?, Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. . " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah..

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasial, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?.

Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :- " Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"..Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi. Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT. Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

p/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.

----------------------------------------------------------------
WallahuAlam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...