Our Wedding Path

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 31, 2011

Kek Apam Beras Berbelang

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah segarnya pagi sebelum Ramadhan ni..hehe..sejuk angin bersepoi..semalam hujan, rahmat Allah..
Pagi semalam breakfast apam beras. Actually ni kali kedua buat, cubaan pertama menjadi tapi colour yg diletak agak x menarik..hehe so malas nak post di blog. Walaupun kurang menarik colour nya, hubby n adik makan sampai habis just for 2x hidang..hooo mereka ske..

So malam jumaat..sibuk hencot2 jln kt dapur sbb buku lali terseliuh tp bila suami kata suka & nak lagi, kuatkan diri je lah..lagipun resepi dia simple, persiapan cepat & yang penting..MENJADI..hee ske ske..Resepi ni diperolehi dari Kak Rose. Thanx akak, sebab kebanyakkan resepi yang azreen try dari blog akak..semuanya menjadi..thousands like..hehe

Since post gambar hari tu, ramai kawan2 nak resepi..meh layan ::

Kek Apam Beras Belang
Close Up
Bahan-bahan utk loyang 9inci::


4 cawan nasi
4 cawan tepung gandum
4 cawan tepung beras
2 cawan gula putih
5 cawan air suam
2sudu kecil yis (mauripan)
3 jenis pewarna
Cawan yang azreen gunakan utk mengukur
Cara Penyediaan ::

1- Blend nasi dgn air sehingga hancur. Masukkan gula & blend sehingga sebati.
2- Pada bekas lain, campurkan tepung gandum, tepung beras & yis.
3- Masukkan bahan yang diblender tadi. Gaulkan sebati.
4- Biarkan selama 3 jam. Azreen letak dalam oven.sbb situ yg tertutup & x semak kat kaunter
5- Asingkan kepada 3 mangkuk, warnakan each mangkuk menggunakan warna yg dirasakan bersesuaian. kalau nak colour macam dibawah ni, titiskan/taburkan pewarna sedikit sahaja.before this azreen letak mcm nak buat kek lapis..colour nya mak aihh..hehehe terang beb..so utk apam ni..sket je dah ok
Acuan xperlu dialiskan mentega @ tepung..masukkan terus je..
6 - Selepas acuan selesai, kukuskan lebih kurang 30min.
Sebelum dikukus
comelkan? huu hubby kata mcm paddle pop..ida kata comel colour ni..ok cara nak buat belang macam ni..mulakan dgn tuang pada tgh acuan. Then yang seterusnya, tuang pada tengah2 curahan yg pertama tadi. 

e.g :: kalau acuan di atas ni, 1st warna yg azreen letak is hijau, then pada tengah2 bulatan hijau, azreen tuangkan warna kuning, selepas tu yg pink- tuang pada tengah warna kuning. ulang sehingga habis.
**warna hijau xnampak pada acuan atas ni sbb sket sgt tp pada gmbr dibawah ada, jadi berbelang kat tepi..niceee (^,^)/

Make sure air dah menggelegak baru masukkan acuan. Kalau x, bentat..oh bnyknya tips yg azreen pass utk beginner yg sama level mcm diri sndiri..hehe..ye laa..dah namanya kongsi resepi..kongsilah tips2 skali..xde lah sedih kalau barang xmenjadi..tp bagi yg dah expert..sila abaikan..hehe

Utk sebuah senyuman dari suami, hasilnya...
hmmm puas hati
alhamdulillah..nyaman weh..hehe..& seperti biasa..

~ Selamat Mencuba ~

**mood pagi yg sangat segar..layan lagu paramore sambil taip resepi dgn angin yg..wuu sejuuuuuk..nak jenguk hubby kat bilik jap lg..taip cepat2 sekarang...yosh..!! (-_-*) <--apiz; watlah apa2 muka ayg nak..hehe i tetap lap u..mmuahh

Tuesday, July 26, 2011

Diskriminasi @ Perbezaan Cemuhan..@...apa?

Kelmarin sebelum balik, borak-borak dgn Kak An ke topik yg lebih serius tapi make sense..mengenai pembunuhan kejam yang berlaku di Norway, berita lanjut di sini

Kak An :: Yen, perasan x..kalau org Islam yang buat apa-apa, mesti org cakap terrorism tapi kalau orang bukan Islam yang buat, dorg gunakan istilah lain, yang ni 'Pembunuh Kejam'

Sepanjang otw balik rumah, aku fikir je manjang...
Kenapa Islam selalu dipersalahkan apabila berlakunya sesuatu keganasan?  Apabila ada kematian & kebinasaan pada masyarakat luar, tanpa bukti sahih & siasatan lanjut, tuduhan terus dilontarkan pada org Islam??? Kenapa??

Credit to @SkyNews
meh aku besarkan sket ayat di perenggan bawah tu..
…Cops fear Islamist fanatics were out to kill PM Jens Stoltenberg
Witnesses claimed the gun maniac was blond with blue eyes and spoke Norwegian – raising fears that he was a home-grown al-Qaeda convert.

Setelah itu? Apabila terbukti & ternyata lelaki berkenaan bukanlah org Islam malahan dia sangat-sangat membenci Islam. Bloggers & Media-media mula membidas semula. Diantaranya ::
1- Islam Times membidas semula di sini 
2- The Atlantic Wire turut menyiarkan reaksi pihak media setelah kebenaran diketahui di sini

Sesunnguhnya antara tanda-tanda kecil Qiamat itu antaranya ialah banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita..

Ya Allah, kau serlahkanlah kebenaran yg terlindung di sebalik kejahatan..
kau lindungilah kami di bumi ini dari terpesong & terpengaruh oleh perkara yang tidak benar..aminn

 wallahualam

Monday, July 25, 2011

10 bulan yang lalu...

Suatu petang yg sunyi, terima email dari En. Erfian @ pyan nih..tajuk email dia agak classic sket.. 
9 bulan yang lalu
Dalam terpinga-pinga dengan tajuk email, menerawang je memori...pyan send email bulan lepas, gambar kami berdua di majlis perkahwinan dia..tp terpaksa tulis 10 bulan pada tajuk sbb da terlewat sebulan..adehh..
hmm masa tu kami berdua pun x disatukan lagi..hehe (^,^)  
confirmlah salam tahniah pada pengantin kat bawah ni niatnya termasuklah utk mengambil keberkatan..hehehe..
Salam dengan pengantin..hehe~ amek berkat

Versi serius kami yg xkawen lagi..tp dorg b2 di hadapan senyum bahagia jee ;p.. 
ehh baru tersedar yg pcik kat blkg tumpang serius sama..hehe
Cantiknya pengantin..sama comel, sama lawa..Bagai pinang dibelah dua..huuu
Majlis Akad Nikah mereka berdua diadakan pada 01.10.10, majlis kenduri yang kami kunjungi ni, majlis sebelah isteri iaitu pada 02.10.10 bersempena Ulang Tahun Hari Lahir pyan juga..kiranya perkahwinan ni umpama bday gift lah ye pyan..hee romantik gitu... Manakala majlis di pihak lelaki pula diadakan pada 10.10.10..hehe cantik2 susunan tarikh ko pilih ye pyan.. and utk pengetahuan semua, dari aku kenal pyan sejak tahun 2007 lagi..dia dah lama pasang angan-angan utk jadikan tarikh 10.10.10 tu hari perkahwinan dia..masa tu belum ada awek lagi tp alhamdulillah tercapai juga hasrat ko ye pyan..hehe..

Walaupun panas terik masa tu tapi angin sepoi je bertiup..terasa aman sangat..majlis meriah dengan kehadiran tetamu yang ramai.. berduyun dtg x henti, ditambah lagi dengan makanan yang alhamdulillah..sedaaapppnyee..well, if thats my day, then its already perfect for me..

Yang specialnya, kebetulan pada masa kami berdua sedang menjamu selera, pasangan pengantin dendangkan lagu untuk para hadirin..hehe ske sgt2..ramai yang ngusik..hehe pyan mmg minat menyanyi..masa kenduri Lynn dlu pun dia pernah sampaikan sebuah lagu...hehe..suara dia merdu..kalau MIDA ada event pertandingan karaoke @ majlis yg perlu penyanyi, dia mesti jadi volunteer..Seriously, x pernah rasa kecewa kalau dia dah mula pegang mic..

Mesti ramai yang tertanya-tanya lepas tgk gambar Mr & Mrs Pyan nih..ok..let me explain..Pyan ialah salah seorang pemenang dalam Program Realiti Jangan Lupa Lirik tahun lepas. Isteri pyan pula adik kepada Aida (Juara Gadis Melayu season 1).. Barulah semua akan kata..ooh..patutlah mcm kenal..ye dak? haha
nampak x pyan kt ne?
credit to Murai
-Kembali kepada tajuk utama..-
then tersenyum dan realize..hmm memang banyak perkara yang dah berlaku sejak 9 bulan lalu..terlalu banyak.. 
Bagi pyan..selepas 9 bulan perkahwinan, ni anugerah & amanah besar dari Allah SWT untuk dia sekeluarga..dia terima dengan rasa syukur & bahagia..alhamdulillah..Tahniah Pyan..

  
Baby Erfan Huzayr bersama papa & mama nya..16-06-11
Apapun, kami berdoa agar pyan sekeluarga sentiasa dicucuri rahmat dari Allah SWT dan
Semoga Erfan akan menjadi anak yang soleh & taat kepada kedua ibu bapanya...aminnn

Wednesday, July 20, 2011

Musim Demam Budak-budak

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Dah dua minggu berturut ke Hospital Pusrawi, Wad Ar-Raihan Tingkat 5 di Jalan Tun Razak. Jenguk anak sahabat sepejabat yang demam. Doc maklumkan yang jangkitan kuman pada salur pernafasan & jangkitan kuman dalam darah. Hampir kesemua baby-baby ni mengalami simptom yang sama. So meh layan gambar..

Anak Kak An - Bilik 13

Sayunya muka iman..ciann

Iman dah semakin pulih masa kami gi melawat tapi masih lagi merengek kejap-kejap dan setiap kali mama dia bangun ke tempat lain, dia pandang je dgn sayu.. Masa ni dia lalok sebab nak tidur dah..kadang2 buat mulut sedih ngadu..samada nak menyusu @ bgtau sakit..tapi masa kami sampai tu dia baru je selesai menyusu pun..
Sekarang Kak An masih lagi belum masuk kerja- amik cuti separuh gaji utk jaga dia sepenuh masa. Iman dah discharge tapi masih perlukan perhatian intensif lah juga sbb kena pantau panas badan dia & kena diberi ubat setiap 4 jam.. cian dia..huu

Anak Kak Wanu - Bilik 14

abang~

Kembar Kak Wanu pulak masuk selepas Iman (anak Kak An) discharge..Selain demam, kembar kena campak sekali. Kahak pun kena jolok & disedut so huuu~ agak sedih lah sebab korg sendiri boleh tengok keadaan kembar ni yang tak bermaya. Doc suruh puasakan sebelum sedut kahak..tp yg abang ada masukkan air melalui tiub..(T_T)
adik~
Kembar biasa tidur dgn buai, bila di spital x lena sangatlah tidurnya..sentiasa kena pegang dan dodoikan baru lena..memang dua2 flat hari kami melawat..sedeyyyy...

Berat semua baby & ibu menjaga susut..terasa sayu tgk dorg nangis & sakit..apapun jom sedeqahkan Al Fatihah kepada Roh baby-baby ni semua sama2 supaya lebih cepat sembuh ye..

apaa??? siapa kata xboleh sedeqahkan Fatihah kepada Roh mereka yg masih hidup? siapa cakap xboleh, sila semak dgn para ustaz & ustazah yg terdekat dgn anda..

Satu lagi, tips sebelum menjengah masuk ke alam parenthood..nak simpan cuti2 banyak2..so kalau ..KALAU..bukannya nak tapi kalau lah terjadi apa2 pd kesihatan anak2, boleh apply cuti..huuu
igt tu ayg~ padahal cuti sendiri yg lagi sket..puk!

Monday, July 18, 2011

Memori kecik-kecik dulu

Assalammualaikum wbt..

huu..lamanya xupdate blog..sbb mmg keje bersepah2..x terkejar ke blog da..
balik2 umah..lps buat apa yg wajib, terus lena..ni pun bersyukur adik ida ada tolong kemaskan & buat kerja2 rumah.. 
Ida..Kamsahamida..(^o^)/
Kalau awak xde da...seriusss pengsannnn..

Mgu lepas pesan kat Mr. Shfq kalau dia dapat tolong rembatkan nasi lemak yg Mr.WM jual walau sebungkus dua..huuu masa tu sesi makan cucur sedang berlangsung dgn hubby tercinta..citer kat dia memori daun pisang dlu2..masa sekolah rendah di SRB St Anne Sarikei. Darjah 3 kalau xsilap..tolong mama jual nasi lemak kat skolah..hehe..laku sangat sbb nasi lemak mama buat memang sedappp..hehe..

Hari pertama plan bermula, mama suruh tanyakan kawan2 siapa nak beli nasi lemak & berapa bungkus. Ada dua jenis - 30sen & 50sen. Kalau yang 30sen tu, semua ada cuma telur rebus ¼ je, kalau 50sen, telur rebus ½ biji. Ramai juga kawan2 yang order 50sen, siap pesan datang awal sikit..haha..

Awal pagi pukul 6 terjaga sendiri sebab tercium harumnya bau nasi lemak mama masak..mama dah siap pack nasi lemak utk aku & klong pi jual kat skolah..berjual ni bukan kes abah xcukup duit bagi makan hokayy..makan minum lgsg xpernah kurang..alhamdulillah..tengokla hasilnya..smpai skarang gumuk amat..jual2 ni sbb mama kata dia nak cuba-cuba jual nasi lemak & abah approve..hehe..masa tu abah sporting sgt

Mama bagi lebih 10 pack dari order, manalah tau kot-kot ada member yang x order semalam nak beli..hehe..LICIN..!! happy sgt balik dgn bawak duit..
next day, mama up lagi..pun sama..HABESSS..!! alhamdulillah..setiap hari makin bertambah bil bungkus yg aku bawak ke skolah tp smpai tahap maksima yg aku boleh bawak je la, 75bgks..ye ar masa tu budak kecik lagi..mana larat nak bawak banyak2..hehe..

Byk kenangan dan perasaan yg bercampur baur masa jual2 ni berlangsung..
1- kawan2 yang xpenyabar ::  xsempat nak duduk letak beg pun dah kena serang mcm piranha jumpa makanan...heee..tp honestly..best sgt..

2- Kes aku bengang pada masa kira2 duit kat umah dlu2 tp sekarang tergelak bila teringat semula :: ada yg beli dgn duit 50 sen plastik..hehe..tapi kan..yg peliknya walaupun ada yg tipu bayar dgn duit palsu..duit xpernah kurang..hehe..

3- Rasa sedih :: ada hari yg kami terpaksa bawak balik ke rumah baki yg x terjual..sedih nak bagitau mama x habis jual..huu rasa bersalah jek sbb xdpt habiskan jualan tp mama senyum je..mama kata "xpe..xde rezeki kita.." mama baik sgt..rindunya~

4- Selain tu..pengalaman mendebarkan  :: semasa Cikgu Displin datang ke kelas cari aku..kawan2 yg sibuk membeli, semua lari tempat duduk masing2..yang bukan dari kelas lak, semua duduk di bench depan(tmpt duduk dgr masa cgu ngajar) ramai la plak budak kelas aku masa tu yek..hahahaha

Cgu :: Siapa yang jual nasi lemak? Siapa yang namanya Norazreen?
Aku :: saya cgu.. xjawab masalah plak..
dub dab dub dab je masa ni..ye laa..jualan secara senyap2..masa tu org canteen dok heboh bising marah2 ada org jual nasi lemak..adeehh kecoh ar org kantin ni..
Cgu :: Bgtau mak awak, saya nak sebungkus esok ya. buatkan yang $1..
Aku :: (0.0)  terlopong jek
Cgu :: Awak dengar x ni Azreen? Saya nak yg $1
Aku :: Dengar cgu..
lepas je cgu gi..wuu..semua org pandang aku..huhuhu..dup dap gak..adehh..semua tarik nafas lega..hehehe..lepas tu, ramai pulak cikgu2 yg order..sampailah....

Aktiviti ni terhenti lepas pihak canteen mengamuk sampai suruh Guru Besar hukum siapa yg jual nasi lemak..cumanya Guru besar baik hati..dia x hukum..pesan supaya x jual lagi je..hish..dengki lah org canteen tu..kalau dah tau ada saingan..silalah masak makanan yg lebih menyihatkan dan sedap..huuu..dah la xsedap..mahal plak..hmm ni dlu2 punya citer...hehe..ampun ya sister canteen..

sedih juga sebab xdapat rasa kemeriahan menjual lg lepas tu..tp semuanya masih indah dalam memori daun pisang..thanx utk semua kawan2 & cgu2 yg sudi bli nasi lemak..hehe..korg semua mmg bez..!!

berbalik pada order dgn En.Syfq..huu xsampai opis lagi tp da dpt sms cakap xde da nasi lemak En. WM coz dah habis..apapun next time kita cuba lagi order & beli..nasi lemak dorg jual..fuhh nyum2..heee keciwa utk hari tu..

Bila teringat citer jual nasi lemak ni kan..tetiba muncul la quite a list of friends name from St Anne dari Darjah 1-4..Jackson Fung, Lee Sia, Dyg Suhaila, Abdul Mutalib, Abdul Rahman, Siti Salmah & a chinese girl from my class..couldnt remember her name but still on a flick of memory..she's smiling widely with her cute square hair laughing & talking cheerfully to me..hmm..semuanya samar2..tp i still remember some of their details..hehe

to other friends..its not that i only remember this few person but its way back to far to remember all of you altogether but sure i still remember the moment when my dad took me from school during recess on the day i'm supposed to transfer to Serian..the memory i captured seeing u guys crying outside our class left me sobbing all the way to the new place..until now, it couldnt be erased..
seriously, there were times when the memory of us talking & laughing linger on my mind..happy+ease feels blooming inside & eventually a happy smile will rise..that moment, i knew that i miss u guys..really do.. (T_T)

Thank you for all the lovely memory we had..i'll cherished it always..hmm really wish i could remember more of uols..hoping everyone is doing great now..take care dear friends of SRB St Anne Sarikei..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...