Our Wedding Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 4, 2012

..Dream of U..

Assalammualaikum wbt

Semalam selesai je dengan rutin harian..terus menjenguk ke alam mimpi..
Sedar-sedar je, dua ekor ular tedung hitam berkilat sedang membelit kaki & tangan.
Yg besar di tangan, yg kecil di kaki.

credit to google
Yang besar da siap nganga mulut dah..hissing non-stop..
jantung ni berdegup pantas,
tangan kiri deras menyambar leher keras mengembang milik sang selar..
sedaya upaya menjauhkan si hitam kilat dari wajah dan kepala..
peluh mencurah-curah..
hampir 10minit cuba menghalang, tangan kiri semakin lemah untuk mengekalkan jarak dgn taring besar berbisa..ditambah dgn semangat yg kian lemah melihat pemandangan yg menggerunkan di depan mata..sebijik mcm dalam gambar kat bawah ni haa..bezanya cuma gambar ni dari posisi tepi, semalam dari posisi hadapan


credit to google
Di saat hampir tewas dengan belitan dan tenaga si pembelit, tiba-tiba sepasang tangan milik abah tersayang, mencengkam leher si ular, menghentakkan kepala ular ke lantai & melemparkannya sejauh mungkin..
 
Aku terjaga dengan istighfar..ntah berapa kali ku sebut..
kemudiannya, meludah ke kiri(tanpa air liur)..
toleh ke kanan, ku harap abah tersayang di situ
tapi yg ada hanya suami tercinta yg masih lena..
Air mata mengalir..dan ntah bila..terlena semula tanpa mimpi sehingga subuh..
 
Pagi ni, perasaan rindu pada abah dah tidak terbendung..
air mata rindu je yg mengalir..
Walaupun dalam mimpi, dia masih menjadi pelindung..
tetap lagi hadir untuk menyelamatkan aku, meskipun hanya dalam mimpi..

" Thank you abah..i love u so much.. "
Sampai opis, baru terfikir..apakah makna dibelit ular tedung hitam..sebab sedari mimpi, yang terbayang hanya hadirnya abah,  kepantasan & kekuatan abah dlm cubaan  menyelamatkan aku..terlupa terus dgn makna mimpi ngeri...
abah dan mia
Abah, 
semoga Allah sentiasa melindungi abah sepertimana abah melindungi yen..
semoga Allah sentiasa merahmati abah, membahagiakan abah, tenangkan abah, ceriakan abah..
semoga Allah menyayangi abah sepertimana abah menyayangi yen sejak kecil..
Kasih sayangmu yg ikhlas, suci..dan oleh kerana itu, yen harapkan redha & rahmat Allah sentiasa berpanjangan untuk abah..
aminnn ya rabbal alamin...



Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...